*Best View in Google Chrome.

Sunquick cake Recipe

Assalamualaikum semua. Holla, holla!

Harini aku nak kongsi resipi kek dengan uolls. 
Just simple. tak perlu susah susah! Semua boleh buat. Apa orang kata, kek bujang. Untuk kita kita makan.
Taddaa..
yang ni aku letak choclate chips.

Nampak sedap dan sememangnya
sedap oi. Haha.



2biji telur 
½cawan mentega 
⅓ cawan gula kastur 
2½cawan tepung gandum 
2sudu besar sunquick 
1sus teh esen vanila(takde pon takpe) 
1sudu besar serbuk penaik 
⅓ cawan susu pekat 
Kacang hancur*depands korang. Kalau nak letak choc chips pon okay. Kismis ke ikut kreativiti masing masing. hehe


Caranya senang saja.

1. Gaulkan telur dan mentega dalam 15 minit.
2. Masukkan gula kastur, serbuk penaik dan susu pekat. Gaul lagi dalam 15 minit jugak.
3. Masukan tepung sikit sikit. Gaul dalam 20-30 minit.
4. Masukkan sunquick, esen vanila dan kacang. Gaul lah dalam 5 minit.
5. Masukkan adunan dalam loyang. Masuk dalam tempat pembakar kek tu 180' dan 25minit.

DONE! yayy.


** Korang tau tak yang choc in jar tu. Ha, aku nak bagi cadangan. apa kata korang buat kek sunquick ni then dah masak. hancurkan pastu masuk dalam jar. Letak choc cair atas tu. Emmmmmm sedapnya kan.

0 blabbling:

All Right Reserved by NurShaheera Rosli. Enjoy!